Monday, December 3, 2007

Energy from AlQuran

Energy from AlQuran

Read with the name of your Lord(Allah)..

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat pendinding kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 28 hingga 44, ayat-ayat di dalam Surah Taha, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau “moody” tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati.

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit. - Ayat-ayat di dalam Surah Maryam dan Surah An-Nisaa’ dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan kaum perempuan seperti fibroid, ovarian cysts, dll.

- Ayat-ayat di dalam Surah Al-Qasas, Surah Al-Israa’, Surah Ash Syura, Surah As Saaffaat, Surah Ambiyaa’, Surah Al-Ahqaaf dan sebagainya banyak digunakan untuk mengubati sakit badan seperti jantung, sakit buah pinggang, dll.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.

The most important thing is we believe with Allah's help.

0 comments: