Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, September 6, 2008

Just a thought

Satu hari ustazah masuk kelas. Macam biasa. Nak ajar Pendidikan Islam. Tapi sebelum itu ustazah bagi tazkirah ringkas.

Merendahlah diri serendah mutiara di lautan dan tuntutlah ilmu setinggi bintang di langit.
Itu sahaja tazkirah ustazah tapi yang paling saya ingat sampai ke hari ini dan InsyaAllah sampai ke waktu saya kembali kepadaNya.
Hurm..
Betullah kata pepatah Melayu: Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk. Jangan ikut resmi lalang, makin berisi makin tegak.
Pernah suatu hari, saya bersembang dengan seorang kawan (seriously tak ingat siapa). Tapi apa yang saya dengar dari kawan saya itu dia kata sebenarnya manusia ini apabila dia semakin berilmu, dia akan semakin merendah diri.
Maka, fahamlah saya yang manusia ini jikalau hendak dinilai tahap ilmunya, lihatlah ke dalam dirinya. Bukan luarann, tapi tenung dengan mata hati. Sememangnya hakikat menuntut ilmu itu apabila semakin banyak dipelajari, semakin banyak benda yang tak diketahui.

Semakin dalam mutiara itu di dalam lautan, semakin berharga nilainya. Maka, belajarlah merendah diri. Bintang sudah sememangnya sangat jauh dari manusia. Maka, tuntutlah ilmu setinggi tu.

Renung2kan dan selamat beramal.

p/s: tengah boring..

Sunday, March 30, 2008

New Search Engine



This sounds interesting.. It is a Muslims product.. Created by Muslim and thus, as a Muslim we have to support this good stuff. So, after this, there will be no problem anymore to us to find something about Islam (Quran verses, hadith, athaan, lecture, movie, story, blogs and etc.). And yes I admit that I still use the Google search engine but we can use both of these at the same time right? This is still a new product and need our support.

It's just a simple way for doing da'waa.. Just try it.
Here is the link
http://alwahy.com/

Saturday, March 15, 2008

Leaders

What do you guys think about this picture? Bush with his delicious turkey. He is a president. So, no wonder he deserves for the good and huge turkey only for himself. We can deny the fact that he is the most powerful man in this world. His decision can change the world. That is Bush.





How about this man? Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Well, just like other leader, he deserves for the best food served for him. Luxury life; good food, good wearing. Yes. He is Prime Minister. Everyone is watching him. Either he likes it or not, he has to come up with good appearance. But then, I have to give my sympathy to you. The government power has been reduced by the opposition. But you can still eat that kind of food, live happily with your luxury.






How about this picture? For the first time I saw this picture, I felt like my tears came down. While people are busy with their looking for money,power,authority,prosperity, there is still a leader which I can describe as very "zuhud" and "tawaddu' ". Yes. He is also a leader. I still remember when I was young or may be not too young, I described him as a loser. I thought he always talking something bad about government. I thought he failed in lead Kelantan (at that time, I lived in Besut, border between Kelantan and Terengganu). But now, I'm not matured enough but I believe others would have same opinion with me. I don't think I am too young to talk about this matter. I saw this picture before the election, and what was in my mind is "InsyaAllah, Allah is always with the people who seeking for His help and forgiveness and the success is belong to those who applied the Islamic value in their life". I'm proud of you. I don't care about the seats that the opposition won during the election. But as a public, I'm looking for the leader with these criteria (from the picture, there are thousand of characteristic that we can describe). I ask Allah to give my country and the most important my religion, Islam good leaders so that the truth will always become true and the fake will always become fake.



Wests hate him. His policy about Iran's nuclear is so strict. He even said in his speech that Israel should be demolished from the world's map and the Holocaust that was the nightmare for Jews was an Israeli propaganda and it was a myth. But this is him. Mahmoud Ahmadinejad. The characteristics between Dato' Nik Aziz Nik Mat and him were not much different from my eyes. He is the President of Republic of Iran, amongst the richest country in oil and gas industry. He deserves for a may be some kind of luxury. But that kind of thing is never happen. He just have and old car, small house given by his father, small office with no luxury table, chair or carpet, and he even bring food that was cooked by his wife to his office. MasyaAllah. Amazing. When people are looking for their future prosperity, he is busy with his work against America and Israel for what they have done to Muslims. Allah will always help you to complete your duty as Army of Allah.


From those four pictures, the main point is the criteria of a leader. As long as we follow the true path of aqidah and strengthen hold to the Sunnah of Prophet Muhammad s.a.w, Allah will help us and make our way of life to be easy.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!



















Monday, January 21, 2008

Israel Laknatullah

Gaza bergelap ‘hukuman mati’ rejim Israel

BANDAR GAZA 21 Jan. – Seluruh Gaza bergelap selepas loji janakuasa tunggal yang beroperasi terpaksa ditutup berikutan kehabisan bahan bakar berikutan sekatan Israel yang mahu membendung serangan roket para pejuang Palestin.

Penutupan loji yang membekalkan 30 peratus keperluan elektrik penduduk di wilayah ini menyebabkan seluruh Bandar Gaza bergelap dan memburukkan lagi keadaan masalah yang sedia teruk di wilayah pesisir ini.

Bekalan elektrik ditutup secara rasmi pada pukul 8 malam tadi (2 pagi Isnin waktu Malaysia) dan tindakan itu akan menyebabkan krisis kemanusiaan yang mengancam nyawa penduduk.

“Kami terpaksa menutup loji janakuasa ini sebab kehabisan bahan api,” kata Pengarahnya, Rafiq Mliha.

Beliau turut memberi amaran mengenai “kesan buruk kepada penduduk, operasi hospital dan loji rawatan air.”

Rafiq memberitahu, beliau juga tidak mengetahui bila Israel akan membenarkan bekalan bahan api dibawa masuk bagi membolehkan loji janakuasa beroperasi semula.

Sementara itu pegawai Kementerian Kesihatan, Dr. Moaiya Hassanain memberi amaran, tindakan menyekat penghantaran bahan api akan mencetuskan malapetaka kesihatan.

“Kami hanya ada pilihan sama ada memotong bekalan elektrik untuk bayi di wad bersalin atau pesakit pembedahan jantung atau menghentikan kerja di bilik bedah,” katanya.

Wilayah Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk yang bergantung kepada bantuan luar masih terputus dari dunia luar selepas semua pintu masuk ditutup sejak Jumaat lalu berikutan arahan Kabinet Israel yang mahu mengekang serangan pejuang.

Kilang-kilang roti turut menghentikan operasi berikutan ketiadaan bekalan tepung dan tenaga elektrik.

Pengarah Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Palestin di Gaza mendesak Israel membuka semula pintu masuk dan meminta masyarakat antarabangsa membantu penduduk awam.

“Penutupan janakuasa menyebabkan seluruh Bandar Gaza dengan 600,000 penduduknya bergelap,” kata John Ging, sambil menambah, ia memberi kesan kepada semua aspek kehidupan penduduk di Gaza.

“Jika anda melawat hospital-hospital, anda akan mendapati generator yang digunakan hanya memadai untuk peralatan asas sahaja. Mereka kesejukan di semua wad, menambahkan penderitaan pesakit,” ujar Ging.

Sementara pergerakan Hamas yang menguasai Gaza sejak Jun lalu menyatakan, langkah rejim Tel Avib merupakan “hukuman mati” ke atas wilayah ini dan menggesa campur-tangan antarabangsa.

Gesaan Hamas tersebut turut mendapat sokongan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mahukan Israel menamatkan kepungan dengan segera.

– Agensi

Utusan Malaysia-Luar Neagara 22 Januari 2008

Ya Allah, "mereka"(Israel) itu terlalu kejam. Lindungilah, peliharalah, dan bantulah umat Islam di Palestin agar mereka mencapai kemenangan ke atas Israel laknatullah.


Monday, December 17, 2007

Doa Penerang Hati..

The image “http://nurjeehan.files.wordpress.com/2007/02/lapanghati.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Ertinya:
“Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.” (QS. Thâha: 27)

Penjelasan:
Al-Quran mengisahkan, bahawa doa tersebut dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika mendapat perintah dari Allah s.w.t. agar menyampaikan risalah kepada Fir’aun. Dan akhirnya Allah s.w.t mengabulkan permintaan Nabi Musa a.s.

Friday, December 7, 2007

proud to be a muslim

The most lovely song

Tuesday, December 4, 2007

Kita Bertanya...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA:BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

Monday, December 3, 2007

Energy from AlQuran

Energy from AlQuran

Read with the name of your Lord(Allah)..

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat pendinding kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 28 hingga 44, ayat-ayat di dalam Surah Taha, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau “moody” tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati.

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit. - Ayat-ayat di dalam Surah Maryam dan Surah An-Nisaa’ dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan kaum perempuan seperti fibroid, ovarian cysts, dll.

- Ayat-ayat di dalam Surah Al-Qasas, Surah Al-Israa’, Surah Ash Syura, Surah As Saaffaat, Surah Ambiyaa’, Surah Al-Ahqaaf dan sebagainya banyak digunakan untuk mengubati sakit badan seperti jantung, sakit buah pinggang, dll.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.

The most important thing is we believe with Allah's help.