Jeles kan tengok orang kahwin grand giler macam ni? Kadang2 rasa macam impossible bila 1st time tengok tapi "the fairytales wedding" bukan lagi cerita dongeng. Video ni pernah tiba2 famous sekejap sebab ramai orang duk share2 kat Facebook.
Ok my comments about this wedding:
1. Ramai orang cakap wedding macam ni membazir. Lagi baik bagi sedekah kat anak yatim, buat kebajikan ape semua. Saya pernah terbaca satu comment user dekat Facebook ni. Ayat die lebih kurang macam ni la, "Korang duk kutuk2 die buat ni membazir ape semua tapi cuba korang fikir postif. Mungkin die dah sedekah, bayar zakat semua. Memang diorang mampu. Diorang pon kerja keras nak buat duit. So biarlah diorang nak buat majlis ni ikut kemampuan." Ok ni antara comment paling matang la yang saya pernah baca. Ingat. Husnuzan (bersangka baik).
2. Ade element2 yg bertentangan dengan Islam dalam majlis tu. Yang ni saya setuju la. Rasanya mungkin kalau element itu dibuang, tampak lagi elok lah majlis ni. Tapi rasanya, bila saya tengok video by Manggis TV Production ni kat Youtube, rasanya ni la yang paling okay compare dengan yang laen. Still kekalkan adat2 ketimuran lah orang cakap. Ade yang 1 ni sorry to say tapi dah memang macam Christian punya wedding. "Will you accept him/her for your entire life". Sheeshhh.
3. Kalau ikut dari position diorang and family background, saya rasa memang diorang layak la buat majlis besar-besaran. Lagi pon cuba bayangkan diorang ni orang2 yang dalam business besar. Sorang kereta-kereta mewah sorang lagi perhotelan. So mesti la dorang kenal ramai VVIP kat luar sana yang berurusan dengan diorang. Lepas tu kenalan yg laen pon mesti la ramai kan. Takkan nak buat majlis dekat Dewan MBSA kot. Reputasi kena la jaga jugak. Kalau Tun Dr. M pon datang majlis diorang maknanya memang ramai la kan orang2 besar yang laen datang. Kalau mampu semua jalan. Takde hal lah.
4. Rasa nak bagi makan selipar pon ade bila orang2 yg macam ni "Eleh, kahwin gempak2 mcm ni kalau bercerai buat rugi jer". Tengok. Belum ape2 lagi dah doakan orang tu bercerai. Aiyoo. Kalau la berkahwin tu untuk bercerai, takde orang kat dunia ni yang nak kahwin. Cuba la ayat tu kasi sedap sikit. Doakan semoga perkahwinan diorang ni diberkati Allah dan berbahagia hingga akhir hayat. Kan nice tu.
5. Manggis TV Production was done a really good job on the wedding cinematography. Bila kita yg biasa2 ni tengok video yang diorang tu buat pon kita sendiri rasa nak kahwin cepat. Lagi2 majlis grand macam ni kan. Video memang kaw2 superb la. Tambah pulak lagi si cantik mata sepet Taylor Swift "Today was a fairy tale" tu. Lagi la mantap. Fuhh memang terasa gak la macam nak kahwin cepat2 kan. Tapi takpe. Kita chill jer.
6. Selalunya yang dream pasal fairy tale wedding ni orang perempuan. Sorry takde niat nak sexist tapi that's the truth kan. Mungkin la kan si pengantin perempuan ni memang dari kecil cakap kat arwah ayah die yang die nak kahwin macam ala2 fairytale. Finally tercapai gak hajat die tu kan. Diorang ni duit berkepuk2, rumah besar macam mahligai istana, kereta semua mewah, so ape lagi nak buat kan ngan duit tu. Time2 macam ni la diorang guna. So, orang2 perempuan kat luar tu jangan rasa bersalah kalau impikan majlis yg gilang-gemilang. Mana tau rezeki korang kan satu hari nanti. InsyaAllah termakbul.
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas perkahwinan kalian dan hidup bahagia sampai akhir hayat. InsyaAllah.
p/s: Handsome siot pengantin lelaki tu. Hahahaha.
3 comments:
wah panjang comment tu ye.
anyway, setujulah dgn semuanya, termasuklah pasal perempuan yg selalu angan2 wedding fairy tale ni.
apa2pun buat sekadar kemampuan dua2 pihak, yang penting redha & bahagia dunia akhirat. kan?
wat mjlis ikut kemampuan, klu ada duit lbh, tk salah utk buat yg grand2...ahaks.. so, thumbs up.. :P
deremind: kadang2 bila tengok tu terasa jugak la macam di awan-awangan..tapi seronok la tengok bila semuanya happy..tu la..semoga dapat keredhaan dunia & akhirat
ianna's life: yup..diorang mampu..kite ni boleh tumpang seronok tengok je la..semoga diorang bahagia..
Post a Comment